Satu Kisah

9:55 PM / Comments (0) / by syafique

SMS diterima di awal hening pagi ketika umat manusia yang lain sedang enak dibuai mimpi. Embun-embun suci sedang enak berehat di daun yang hijau dan ayam-ayam jantan belum bersedia untuk berkokok sebab time tu diorg ngah baik punya lepak membincangkan hal ehwal ayam dan gosip2 binatang lain..( perumpaan ini tiada kene mengena pun dengan kisah yang akan diceritakan dlm entri ni )….

Kisah bermula

SMS diberi oleh seorang teman karib yang bernama Linie ( Nama Sebenar )..

“ nok..aku nervous..ade pre-test driving kul 7.30 jap lagi..”

Sebagai seorg teman karib yang baik,setia, amanah, jujur lagi berdedikasi..aku pun membalas msg beliau walaupun ketika itu aku baru sejam melelapkan mata di sbb kan oleh aktiviti mlm hari yang tidak berfaedah seperti beryahoo messenger dgn insan yang tidak diketahui identity sebenar ( bodoh punya org..nak berkenalan tp tak nak bgtau sape nama, bih baik aku berkenalan ngan kucing. Tol tak? )

Sambung balik

Aku pun mereply msg beliau…

“ ye ke..chaiyo2..jgn nervous2..bace bismillah byk2..u can do it bebeh ”

Setelah sms direply aku menyambung kembali aktiviti tdur yang terganggu itu. Dengan harapan mendapat tido yang nyenyak dgn mimpi-mimpi yang indah lagi bahagia..

Namun..semua itu suatu harapan…

JENG JENG JENG ( suasana suspen diserapkan supaya memberi efek yang lebih jitu kepada penceritaan entri ini )

Tapi..takde ape2 pun sebenanrnya ( mesti korang benggang kan..rasa nak baling je HP korang kat aku kan..kalau brani baling lah!!!..)

Sudah2..cerita disambung…

Teman yang serupa mengSMS aku lagi..

“ NOK…NOK…aku nyaris melanggar 3 ketul motor, 4 biji kereta dan sekumpulan makcik dan pakcik dan tidak ketinggalan belia2 di kedai makan tadi..”

Aku tersentak..lalu dengan sepantas kilatnya aku mereply msg beliau untuk mengetahui adakah benar apa yg dikhabarkan oleh beliau itu….

“ cmne leh jadi mcm tu..apa yang membuatkan kau tegar dlm percubaan membunuh mereka yang tak berdosa itu” balas aku.

Beliau mereply ( 2 sms ku gabungkan )

“ kisah dia camni...aku bwk kete td..dengan penuh hemat dan tatasusila..namun, selepas memerhatikan byk kereta beratur dibelakang aku di jalan yang kecik itu seperti itik pulang petang..aku pun mengambil langkah drastik untuk memecut kereta selaju 80 km/j lalu dengan tak semena-mena aku terbabas lalu nyaris melanggar mereka...seteru itu, aku ditertawakan oleh manusia2 durjana itu bagaikan aku membuat lawak spastic didepan mereka..”

Aku tertawa kesorangan didalam bilik bila membaca msg itu..lalu aku membalas…

“ kau sedar tak kau takde lesen and masa tu kau tgh wat pre-test driving..apakah yang bermain difikiran mu sehingga kamu tegar memecut walaupun sudah diketahui tahap memandu mu itu tidak sehebat mana ”

10 minit berlalu..msg tidak dibalas..

Kesimpulan…sentap lah tu..haha